Tatkala umat Islam meraikan Aidilfitri, ada yang terpaksa akur dengan ketentuan tuhan.<br />35 individu termasuk dua bayi masing-masing berumur satu dan sembilan bulan, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka dijilat api di Kampung Batu (6) Jalan Apas, Tawau, Sabah pada Khamis.<br />Manakala, seorang mangsa perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana melecur di bahagian kaki.
